Saturday, October 22, 2011

Tahukah anda ?

Kaedah pengiraan terawal manusia ialah pembilangan menggunakan jari. Kaedah ini kemudiannya berubah menjadi bahasa isyarat untuk menyatakan nombor dalam komunikasi. Kira-kira 40 ribu tahun dahulu, dipercayai manusia mula menggunakan kaedah gundal dengan menakik pada pokok, tulang dan batu.zaman Batu telah menggunakan gundal untuk perdagangan, perkhidmatan peribadi dan perjudian. Angka Rumi purba dikatakan berevolusi dari sistem primitif berasaskan takikan ini. Nombor V untuk lima berasal dari dua takikan yang mewakili satu telapak tangan dengan 5 jari (empat jari dipisahkan dengan ibu jari oleh satu ruang berbentuk V). Nombor X untuk sepuluh berasal dari dua takikan yang mewakili dua tangan. 


     Nombor ialah satu entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran. Simbol untuk nombor dipanggil angka. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN).
   Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif dan kompleks. Operasi-operasi aritmetik untuk nombor seperti penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian.

No comments:

Post a Comment